Rabu, 14 September 2022

RAHSIA LAHIR DALAM BULAN ISLAM (2)

SUMBER 2: Rahsia Personaliti Dari Bulan Islam Kelahiran


Muharram
Berniat baik

Safar
Pandai mengurus diri

Rabiul Awal
Ada tuah

Rabiul Akhir
Keras hati

Jamadil Awal
Nekad

Jamadil Akhir
Adil

Rejab
Katak di bawah tempurung

Sya’aban
Tok lebai

Ramadhan
Rendah diri

Syawal
Ego

Zulkaedah
Banyak fikir

Zulhijjah
Over


SUMBER 3: RAHSIA KELAHIRAN DALAM KALENDAR ISLAM DARI ASPEK POSITIF:

 Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku.

Muharram
Orangnya boleh jadi cerdik kalau diajar. Kalau tidak ajar jadi bodoh dan bendul. Dengar kata orangnya pendiam.

Safar
Orangnya tidak mudah mengaku kalah. Tapi kalau diberi didikan agama yang cukup, atau diterap dengan nilai-nilai moral, orangnya akan jadi seorang pembela keadilan dan kebenaran. Kalau anaknya lahir bulan ini, elok-eloklah jaga dan beri didikan yang betul supaya boleh jadi pembela masyarakat.

Rabiul Awal
Panas baran orangnya. Kurang sabar dan keras hati, tetapi kalau diajar betul-betul orangnya boleh jadi orang berpengaruh.

Rabiul Akhir
Orangnya kelihatan jahat, bernafsu liar, kasar dan suka pukul orang. Hendaklah dilatih dan diajar semangat cintakan negara supaya kelak boleh jadi askar.

Jamadil Awal
Orangnya terlebih yakin dengan diri sendiri, oleh itu sering buat perkara yang bodoh. Orang begini perlu diajar berfikir sebelum berbuat sesuatu.

Jamadil Akhir
Orangnya baik, ada sopan-santun. Kalau salah dia mengalah, kalau betul dia akan pertahankan benda yang betul. Orang begini elok diberi kemahiran dan pengetahuan supaya boleh jadi hakim yang adil.

Rejab
Semasa kecil orangnya nakal, bila besar boleh jadi agak baik. Jagalah elok-elok supaya tahu adab dan malu. Mudah terpengaruh dan mata duitan.

Sya’aban
Orangnya pandai berkawan, tetapi jangan sampai salah pilih kawan.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Kaki bergaduh. Suka berebut harta. Elok ajar budak seperti ini supaya tahu menghormati harta orang lain.

Zulkaedah
Jangan fikir banyak sangat, nanti otak jadi mereng. Sesuai untuk dijadikan peringatan untuk orang yang lahir pada bulan ini.

Zulhijjah
Orang yang lahir pada bulan ini sama ada dia akan aniaya orang atau dia menganiayai diri sendiri. Ajarlah orang ini supaya pandai berfikir.




Tiada ulasan: