Khamis, 11 Ogos 2022

TANDA-TANDA AJAL AKAN TIBA.

Apa yang saya lihat dalam perjalanan kehidupan diri saya yang serba kebodohan ini, saya melihat ramai orang di sekeliling saya begitu ghairah mengejar duniawi, sehinggakan ada sesetengah di antara mereka terlupa yang mereka akan mati.

Ada yang mengejar pangkat dan darjat serta kedudukan, ada yang mengejar harta dunia sehinggakan mereka lupa.
ltu semuanya adalah sementara sahaja.
Tak salah mengejar kemewahan tapi kita juga harus mengingati mati.

Tahukah setiap yang bernyawa pasti akan mati,  kerana itu adalah janji Allah.

Untuk mereka yang terlalu cintakan dunia ini mari baca apa yang Saya hendak sampaikan ini, andai kata ada tanda-tanda ini maka segeralah tanpa berlengah untuk kembali di jalan Allah kerana MAUT semakin hampir.

PADA KURANG TIGA TAHUN SEBELUM KITA MATI.
Jikalau kita selalu merasa letih untuk hidup atau merasa bosan melihat keadaan alam dunia ini, pertandanya ajal akan tiba dalam masa tiga tahun lagi, kita juga akan sering sakit kepala dan selalu bermimpi pemergian kearah utara, tidur kita kerap berdengkur, mengertakkan gigi, itu tandanya kehidupan kita pasti akan berakhir jika sudah tiba saatnya.

KURANG DUA TAHUN.
Kita akan seringkali merindui sanak saudara atau sahabat yang terlebih dahulu meninggal dunia, itu bererti ajal kita akan datang dua tahun lagi, perasaan kita juga selalu tidak keruan sehingga hinggakan kita kurang semangat untuk hidup, kita juga sering bermimpi memperbaiki rumah.

KURANG SATU TAHUN.
Mata kita selalu melihat melihat benda-benda yang pelik, bererti kita ajal kita akan tiba dalam satu tahun lagi.
Lidah kita sering bergetar, kadangkala badan kita sering sakit sehingga membuatkan berat badan kita menjadi susut, cahaya wajah menjadi redup dan tulang belulang terasa ngeri, kita juga kerap bermimpi berada didalam kegelapan.
Itu terjadi sebab Nafsu Luwamah sudah hendak meninggalkan jasad, sehingga lidah berkurangan merasa pahit, manis, pedas.

KURANG SEMBILAN BULAN.
Kita akan sering melihat mata kita sendiri iaitu ke dua bola mata kita seolah-olah terlepas dari rongganya.
Ini bererti ajal kita akan tiba dalam masa sembilan bulan lagi, badan kita akan merasa sangat lesu kekadang merasakan pengedaran darah tidak sempurna menyebabkan kita sering kebas.
Ini berlaku kerana nafsu Amarah sudah hendak meninggalkan jasad.
Sebab itulah kita akan merasa kemarahan kita semakin kurang.

KURANG ENAM BULAN.
Kita juga akan kerap mendengar suara-suara yang tidak biasa kita dengar sebelum ini, seperti percakapan Jin atau haiwan.
Itu tandanya ajal kita akan tiba enam bulan lagi, telinga kita juga akan terasa sesak seolah-olah ada bisikan di telinga kita.
Telinga kita juga akan merasa pendengaran semakin berkurangan, semangat untuk hidup juga akan terasa dingin.
Ini kerana nafsu Supiyah sudah hendak meninggalkan jasad.

KURANG TIGA BULAN.
Hidung kita sering kali mencium bau yang lembut seperti kemenyan yang di bakar bercampur hamis.
Ini bererti ajal kita akan tiba tiga bulan lagi, lubang hidung kita sering merasa dingin, sehingga keluar masuk nafas kita menjadi kurang.
Ini adalah kerana Nafsu Mutmainnah akan meninggalkan jasad.

KURANG DUA BULAN.
Penglihatan mata kita akan merasa pelik, contohnya pada bulan Muharram dan Safar mata kita seolah-olah terasa langit berwarna merah,  pada bulan Rabiul awal dan Rabiul Akhir matahari terlihat seolah-olah kehitaman, dan Rejab dan Syaaban air terlihat seolah-olah kemerahan, pada bulan Ramadhan dan Syawal bayangan diri sendiri seolah-olah menjadi dua, pada bulan Dzulqaidah dan Dzulhijjah akan melihat warna api seolah-olah kehitaman.
Ini bererti ajal kita akan tiba dua bulan lagi.

KURANG EMPAT PULUH HARI LAGI.
Jari manis kita biasa di tegakkan dengan mudah dan empat jari yang lain boleh sama bila di lurus kan di telapak tangan.
Ini bererti ajal kita akan tiba dalam masa empat puluh hari lagi.
Otot kita akan merasa renggang dan ngilu serta akan timbul kedutan pada bahagian tulang rusuk kita.
Kita juga akan sering terlupa  ayat Al-Quran yang kita hafal.

KURANG SATU BULAN.

Telapak tangan yang kita pandang dengan dua mata kadangkala terlihat jari jemari kita seolah-olah tidak lengkap atau pergelangan tangan kita seolah-olah tidak menyatu.
Ini bererti ajal kita akan tiba dalam sebulan lagi.

KURANG DUA MINGGU LAGI.

Kita akan sering melihat wujud kita sendiri.
Ini bererti ajal kita akan tiba dua minggu lagi.

KURANG SATU MINGGU LAGI.

Kita akan merasa sakit yang kuat dan kita akan merasa seolah-olah tak mampu untuk menguruskan diri sendiri kerana kita akan hilangnya hasrat makan dan tidur.
Ini bererti ajal kita akan tiba seminggu sahaja lagi.

KURANG TIGA HARI LAGI.

Apa bila kita sudah merasakan demam di sekujur tubuh kita, dalam atau pun luar atau mengeluarkan kotoran berwarna hitam, atau cacing tembaga bila kita buang air besar, serta urat saraf kita terasa dingin.
Ini bererti ajal kita akan tiba dalam masa tiga hari lagi.

KURANG DUA HARI.

Apabila sembilan lubang kita akan mengeluarkan hawa, iaitu dua lubang mata, dua lubang hidung,dua lubang telinga, satu lubang mulut, satu lubang kemaluan,dan satu lubang dubur.
Lubang ini akan merasa ada angin yang keluar lalu akan muncul rasa kasihan pada diri sendiri.
Ini bererti ajal kita akan tiba dalam dua hari lagi.

KURANG SATU HARI LAGI.

Kita akan merasa semua otot di pergelangan merasa lemas dan sekujur tubuh kita akan mengeluarkan peluh seperti keringat orang yang sedang ketihan.
Ini bererti ajal kita akan tiba dalam masa satu hari lagi.

TIBA WAKTU KEMATIAN.

kulit kita tidak lagi merasa keras atau tegang dan tidak lagi terasa kerisik saat kita menyentuhnya, jika di lihat dari pergelangan tangan hingga ke hujung kuku jemari kita terlihat pucat, cahaya di anak mata kita tidak lagi bersinar, alis mata kita terlihat rebah,  cuping telinga kita juga terasa menghilangkan semuanya terasa lengang.
Lalu tiba-tiba sekujur tubuh mendadak terasa kesemutan, di iringi bau aroma mayat yang tercium.
Ini pertandanya sudah tiba waktu kiamat atau kematian buat kita.

Tuan- tuan saya selalu mengingati semua ini setiap hari, kerana saya akan sempat bertaubat serta memohon maaf kepada sesiapa saya bersalah sama ada kepada manusia atau haiwan.
Ini adalah pesanan guru saya dahulu kepada saya yang bodoh ini supaya selalu beringat-ingat.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02cwpFAWq935dmbwRTn2Du4mem1zWtiugtxJDWbGn2okyWtk9Mx45GghrwBrm9AvT5l&id=100004228024467


Tiada ulasan: